KESIMPULAN



KESIMPULAN

Dengan adanya teknologi kenderaan pacuan empat roda dan teknologi aksesori tambahan kenderaan pacuan empat roda yang serba maju masa kini telah dapat menubuhkan satu komuniti dikalangan masyarakat dunia amnya dan khususnya di Brunei Darussalam. 

Kewujudan komuniti pacuan empat roda di negara ini adalah berdasarkan kepada hobi dan minat terhadap jenis kenderaan, teknologinya, mengembangkan kemahiran dan saling bertukar pandangan ataupun kemahiran antara satu dengan lain.  Dengan adanya kesatuan citarasa, semua pengemar jenis kenderaan ini tidak kira muda, tua dan bangsa  telah pun dapat bekerjasama serta membina silaturahim dikalangan mereka. 

Maka berpandukan ciri-ciri persamaan inilah sesebuah komuniti itu berjaya dalam membina dan menjayakan hasrat, matlamat ataupun objektif sesebuah komuniti itu tercapai seperti yang dikehendaki.