Pada
tahun 1893, Bramah Joseph Diplock seorang jurutera Britain telah mereka sistem
pacuan empat roda untuk enjin penarik.
Pada
tahun 1899, Ferdiannd Porsche telah mereka bentuk dan membina sebuah kenderaan
pacuan empat roda yang berkuasakan eletrik.
Kenderaan ini dibentuk untuk k. u. k. Hofwagenfabrik Ludwig Lohner &
Co. di Vienna.
Pada
tahun 1903, sebuah kenderaan yang dinamakan sebagai ‘Spyker’ adalah kereta
pacuan empat roda yang pertama dengan menggunakan engine pembakaran yang boleh
mencapai kelajuannya 60 kuda sejam yang dicipta oleh dua beradik dari Belanda
iaitu Jacobus dan Hendrik-Jan Spijker.
Perkembangan
teknologi kenderaan pacuan empat roda tidak dapat dinafikan dengan adanya
teknologi baru yang reka. Teknologi yang
digunakan bukanlah hanya berbentuk pada bahagian engin kenderaan, malah hampir keseluruhan
perubahan telah berlaku bermula dari teknologi mesin, teknologi tayar dan
sebagainya.
SEJARAH PACUAN EMPAT RODA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Kajian yang dibuat terbahagi kepada dua bahagian.
1) Komuniti pacuan empat roda yangtidak berdaftar.
2) Komuniti pacuan empat roda yang berdaftar.
1) Kenderaan Pacuan Empat Roda (4X4) dan Komunitinya di Kg. Lamunin Tutong.
Komuniti
kecil pemilik dan peminat kenderan pacuan empat roda di Kampung Lamunin ini
mula wujud pada akhir tahun 1980an. Menurut
informan yang ditemubual, kebanyakkan
kenderaan yang digunakan adalah jenis Suzuki Jeep.
Pada
asalnya, kenderaan ini digunakan
untuk pergi ke kebun dan masuk ke dalam hutan bagi tujuan berburu binatang. Begitu juga
terdapat di kalangan pemililknya menggunakan
kenderaan pacuan empat roda untuk masuk ke hutan kerana bertugas sebagai polis
hutan (APO).
Pertambahan jumlah ahli semakin meningkat dari tahun ke
tahun sehingga mencecah tiga puluh buah kenderaan menjelang tahun 1993. Selain itu, kenderaan yang digunakan
mengalami perubahan yang drastik dari segi jenisnya seperti Daihatsu Rocky,
Suzuki Vitara, Toyota Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero.
Menjelang tahun 2003 hingga sekarang, perubahan demi
perubahan berlaku terutama sekali pada jenis kenderaan yang pelbagai dan
modifikasi lebih menjurus kepada yang lebih ekstrim serta penggunaan aksesori tambahan yang begitu moden.
2) PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG.
2) PERSATUAN GEMILANG DAERAH TUTONG.
Persatuan Gemilang merupakan satu kumpulan belia yang
aktif dalam bidang radio. Penubuhan
persatuan ini tanpa mempunyai platfom yang tertentu. Selain daripada bergiat aktif dalam bidang
radio, persatuan ini juga aktif dalam bidang fotografi. Keaktifan mereka serta mendapat sokongan dari
orang ramai, maka timbul idea untuk menubuhkan satu persatuan yang berdaftar.
Pada 4 November 2004, persatuan ini telah pun ditubuhkan
dan disahkan berdaftarkan dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan,
Pasukan Polis Diraja Brunei, Negara Brunei Darussalam dengan rujukan
(Ref:BPD25/1160).
Diantara aktiviti teras yang ditubuhkan di bawah
persatuan ini ialah kelab radio amatur, kelab pacuan empat roda (4X4), kelab
fotografi dan pertanian. Selain itu
terdapat juga aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, sukan dan sebagainya telah
dilaksanakan oelh persatuan ini.
Aktiviti yang pernah dilaksanakan oleh Kelab pacuan empat
roda Persatuan Gemilang ialah mengadakan Latihan Asas 4WD bersama NBT kali
pertama pada 26 Februari 2006. Selain
itu, kelab pacuan empat roda Persatuan Gemilang juga telah menjalankan aktiviti
menyusur ke Kampung Sukang, Expidisi Gemilang ke Sabah dan menyertai perarakan
seperti mengibar bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
SUMBANGAN KOMUNITI PACUAN EMPAT RODA KEPADA MASYARAKAT
Komuniti ini ditubuhkan bukan hanya berdasarkan perkongsian minat semata-mata. Ia juga telah membantu agen-agen kerajaan dalam keadaan tertentu. Sumbangan komuniti ini kepada masyarakat adalah seperti berikut:-
1. Membantu memindahkan mangsa banjir dan tanah susur di Mukim Rambai dan Mukim Tanjong Maya pada tahun 2009, 2010 dan 2011.
2. Mengiringi rombongan lawatan dari Kementerian Kesihatan yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan ke kawasan-kawasan pedalaman pada musim banjir.
3. Menjadi sukarelawan untuk mengagih-agihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tutong dan Belait.
4. Membawa rombongan Persatuan Fotografi Brunei di kawasan-kawasan pedalaman daerah Tutong.
5. Membantu pihak polis hutan dan tentera dalam misi menyelamat dan mencari mangsa yang sesat di hutan dan hanyut di sungai Kg.Benutan dan Kg.Belabau pada tahun 2005.