TEKNOLOGI


TEKNOLOGI


Tujuan dan fungsi sebenarnya aksesori tambahan pacuan empat roda ialah untuk digunapakai oleh para peserta komuniti tersebut dalam mengikuti apa jua aktiviti yang dijalankan.  Malah ia jua adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan alat aksesori tambahan yang ada. 


Kemajuan teknologi tambahan dalam pacuan empat roda yang serba moden canggih dalam penggunaannya dapat menarik perhatian para pengemar kenderaan ini.  Dengan keupayaan teknologi tambahan dan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada kenderaan lain telah dapat menyatupadukan sekumpulan kecil untuk menunbuhkan satu komuniti.

Kekuatan teknologi yang dimiliki seperti penggunaan snorkel, winch, tayar off-road, high lift jack, bumper  jack dan sebagai adalah salah satu sebab terbentuknya satu komuniti.  Dari teknologi ini, komuniti boleh wujud menerusi pelbagai cara



Diantara aksesori tambahan yang perlu dimiliki dan sering digunakan adalah seperti berikut:

     A)  Snorkel.


Ianya berfungsi sebagai pemberi ’nafas’ ke dalam enjin kenderaan ketika merentasi kawasan sungai. Snorkel popular sebagai salah satu daripada aksesori wajib bagi para pengguna four wheel drive (4WD)

Kecanggihan teknologi snorkel sebagai teknologi tambahan dalam kenderaan pacuan empat roda begitu penting.  Teknologi ini dapat berintregasi dengan kekuatan teknologi kenderaan dengan baiknya.  Ia berguna dan dapat beroperasi dengan baiknya walaupun dalam keadaan berdebu, basah, kotor dan sebagainya. 

Walaupun dalam keadaan berdebu, basah dan kotor, snorkel mampu mengambil pengudaraan bersih dalam membantu kekuatan dan meningkat kuasa engin.  Selain itu, kemanfaatan teknologi snorkel ialah ia boleh mengurangkan kerosakkan engin ketika melalui jalan-jalan yang banjir ataupun berlumpur kerana kuantiti air yang masuk ke dalam engin tidaklah begitu mengegaskan dan merosakkan engin.

Namun pemasangan teknologi ini perlulah dilakukan dengan teliti agar keberkesanan teknologi ini dapat dimanfaatkan dan digunakan seperti yang dikehendaki mengikut spesifikasi teknologi tersebut.  Sistem perlu dipasang dengan betul untuk memastikan penghantaran udara kedalam enjin serta memastikan tiada kebocoran atau keretakan berlaku dari masa ke masa.   Pemasangan snorkel perlulah diletak diluar kenderaan untuk memastikan  pandangan pemandu tidak dihalang semasa memandu biasa pada atau di luar jalan raya.


     B)  Winch.


Fungsi utamanya adalah sebagai alat penarik untuk mengeluarkan kenderaan apabila tidak dapat keluar dari rintangan. Ada beberapa jenis winch diantaranya PTO Winch, Electric Winch dan Pressure Winch yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Alat ini digunakan pada kenderaan pacuan empat roda untuk membantu dalam menggerakkan dan mengalihkan pokok tumbang dan halangan lain dari laluan atau untuk membantu menarik kenderaan yang dalam keadaan terperangkap. Biasanya dipasang pada kawasan bumper depan kenderaan, win 4x4 juga boleh dipasang ke kawasan bumper belakang kenderaan.

Teknologi ini dikendalikan dengan penggunaan bateri yang biasanya disambung dan disesuaikan ke dalam sistem elektrik kenderaan.

Walaupun versi terawal teknologi winch ini menggunakan kabel keluli untuk menarik halangan atau kenderaan, namun penggunaan kabel adalahmerrbahaya dan boleh mencederakan ramai pengguna.  Ini akhirnya membawa kepada penggunaan kabel winch sintetik atau sejenis tali yang tidak merbahaya.

Kapasiti kekuatan winch sebenar mengikut pilihan para pengguna.  Namun kapasiti kekuatan winch yang maksimum boleh digunakan ialah seberat 12000 pauns atau 5443 kilogram. Jelas sekali dengan kekuatan winch ini memudahkan urusan para pengguna dan pengemar kenderaan pacuan empat roda dalam mengharungi apa jua rintangan.



    C)  High Lift Jack


Teknologi ini adalah alat mekanikal yang serba boleh diletakkan kepada pelbagai kegunaan. Asalnya teknologi ini dicipta sekitar tahun 1905 oleh PJ Harrah dan dijual sebagai Alat Gabungan Automatik, reka bentuk asas telah dikekalkan dan sebahagian besarnya tidak berubah hingga ke hari ini.

Alat ini boleh digunakan untuk mengangkat, menolak, menarik, mengepit dan sebagainya dalam penggunaannya.  Penggunaan high lift jack ini adalah secara manual.  Malah ia adalah salah satu teknologi yang begitu versatile.

Berat alat ini lebih kurang 14 kilograms.  Namun keupayaannya dan kapasiti kekuatan alat ini boleh mengangkat seberat 2114 kilograms dan telah diuji  mengangkat seberat 3175 kilograms.


     D)  Tayar Off Road

Tayar ini mempunyai bentuk seperti bunga berbonjol-bonjol dan ia digunakan untuk memberi cengkaman maksimum pada keadaan berlumpur, pasir, atau batu kelikir. Tayar ini cenderung menjadi kurang stabil pada permukaan berturap.


    E)  Bumper Jack

Alat ini dibentuk melengkung dan digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan mengangkat dengan hi lift jack.  Alat ini boleh menampung berat dengan kapasiti 1361 kilograms.