PENGENALAN PACUAN EMPAT RODA


PENGENALAN


Kenderaan pacuan empat roda adalah sejenis kenderaan yang boleh merantasi atau berjalan pada jalan yang berturap dan pada jalan yang berlumpur dan becak.  Penggunaannya terselah ketika mengharungi lumpur pada perang dunia pertama. 

Dengan kemunculan pelbagai jenis kenderaan pacuan empat roda bersertakan teknologinya telah banyak merubah pengemar kenderaan ini.  Kebanyakkan pengemar atau peminat jenis kenderaan ini bermula berkecimpung dalam bidang jenis pacuan empat roda yang ekstrim adalah dengan adanya per,umbaan ralli pacuan empat roda. Bermula dari sinilah para pengemar mula menubuhkan pelbagai persatuan dan komuniti di Dunia amnya dan khasnya di Brunei.

Kemunculan kenderaan pacuan empapt roda ini bermula pada awal tahun 1980an.  Kenderaan ini hanya digunakan oleh para pekerja yang bekerja dikawasan perbalakan.  Malah kenderaan ini juga digunakan dan digemari oleh  penduduk kampong bagi tujuan mudah pergi ke kebun atau dusun dalam keadaan jalanraya yang tidak berturap. 

Namun  pengemar pacuan empat roda secara menyeluruh di negara Brunei Darussalam lebih kurang bermula dalam tahun 1990an.  Kenderaan ini mula digemari di negara ini kerana atas sebab kekuatan dan kebolehan kenderaan.  Selain itu, kenderaan ini boleh berjalan di atas jalan yang berturap dan begitu juga di tempat yang becak, berlumpur ataupun dalam keadaan banjir.  Sehingga penggunaannya telah banyak membantu agen-agen kerajaan dalam melaksanakan tugasan sewaktu diperlukan.

Penggunaannya semakin aktif akhir-akhir ini.  Dengan penggunaan teknologi aksesori tambahan pada kenderaan ini, maka pengemarnya dari kalangan pelbagai usia telah bertukar pendapat dan kemahiran dalam menguasai teknologi ini bagi penggunaan yang semaksimumnya.  Dengan pengguasaan teknologi ini maka pembelian teknologi aksesori tambahan ini boleh dikatakan mendapat untung balik kepada penggunanya kerana telah mendapat kepakaran menggunanya.

Dengan berkongsi maklumat, kemahiran, kepakaran dan pengalaman, maka beberapa komuniti pacuan empat roda telah ditubuhkan.  Sama ada ia ditubuhkan dengan secara berdaftar mahupun tidak berdaftar.  Apa yang penting, persamaan dan kesatuan ciri-ciri yang dimiliki oleh pengemar dan peminat jenis kenderaan ini telah membuktikan dapat menubuhkan sebuah komuniti.